Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Monday, June 10, 2013

NUTRIEN UNTUK MANFAAT PERLINDUNGAN SEPENUHNYA

ALFAFA 
Perlindungan radikal bebas dan pertumbuhan sel yang normal


CERI ASEROLA
Perlindungan radikal bebas

DELIMA
Perlindungan radikal bebas, enzim yang melindungi hati dan kesihatan jantung

ROSEMARY
Perlindungan radikal bebas, enzim yang melindungi hati dan pertumbuhan sel yang normal

BERI BIRU
Perlindungan radikal bebas, enzim yang melindungi hati dan pertumbuhan sel yang normal

CITRUS
Perlindungan radikal bebas, enzim yang melindungi hati dan kesihatan jantung

EPAL
Perlindungan radikal bebas, pertumbuhan sel yang normal dan kesihatan jantung


BROKOLI
Enzim yang melindungi dan pertumbuhan sel yang normal


KRANBERI
Perlindungan radikal bebas, dan tekanan sel dan kesihatan jantung

ANGGUR
Perlindungan radikal bebas, dan tekanan sel, kesihatan jantung dan kulit

MARIGOLD
Perlindungan radikal bebas, pertumbuhan sel yang normal dan mata yang sihat

TOMATO
Perlindungan radikal bebas, pertumbuhan sel yang normal, kesihatan kardiovaskular dan prostat

KUBIS DAUN
Perlindungan radikal bebas, enzim yang melindungi dan pertumbuhan sel yang normal



ASPARAGUS
Perlindungan radikal bebas, enzim yang melindungi dan pertumbuhan sel yang normal


OREGANO
Perlindungan radikal bebas dan tekanan sel dan pertumbuhan sel yang normal


PRUNE
Perlindungan radikal bebas

WARNA WARNI MAKANAN

BUAH BUAHAN DAN SAYUR SAYURAN BERWARNA WARNI

Makan buah buahan dan sayur sayuran pelbagai jenis dan warna setiap hari adalah penting. Garis panduan pemakanan Amerika Syarikat menyarankan diet yang mengandungi 9-13 sajian buah buahan dan sayur sayuran yang berwarna warni dalam sehari supaya tubuh kita mendapat nutrisi yang seimbang. 

hal ini demikian kerana buah buahan dan sayuran mengandungi fitonutrien iaitu nutrisi tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan dan melindungi tubuh.



APAKAH ITU FITONUTRIEN

Fitonutrien ialah nutrisi tumbuhan yang membantu dalam pelbagai fungsi tubuh. Fitonutrien bertindak sebagai antioksidan, membantu mengawal atur metabolisme, aktiviti enzim dan mungkin membantu mengurangkan kebarangkalian mendapat penyakit kronik.

Lebih 200 jenis daripada 25,000 bahan tumbuhan yang ada telah dikenal pasti berguna dalam mencegah penyakit. Itulah sebabnya fitonutrien semakin dikenali sebagai vitamin untuk abad ke-21.

Tuesday, June 4, 2013

MAKANAN PEJAL PERTAMA SI MANJA

Untuk entry kali ini saya akan membicarakan makanan pejal pertama si manja. Pada umur 6 bulan bayi biasanya sudah bersedia untuk menerima makanan pejal. Peralihan daripada diet susu ibu sepenuhnya kepada diet yang ditambah makanan pejal, merupakan tempoh genting dalam hayat bayi. Kelewatan memberi makanan pelengkap boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan mungkin menjejaskan pertumbuhan serta perkembangan bayi, baik dari segi mental mahupun fizikal. Sebaliknya pula, pemberian makanan pejal terlalu awal juga tidak digalakkan kerana sistem penghadaman si manja masih belum cukup matang dan memerlukan masa untuk bersedia.

Mulakan proses memperkenalkan makanan pejal harus dengan bijirin bijian tunggal, seperti bijirin beras bayi, kerana ia bebas gluten dan mudah dihadam. Bijirin beras juga jarang menyebabkan kesan alahan terhadap bayi. Malah bijirin beras kaya dengan zat besi, vitamin dan mineral penting di dalam jumlah yang diperlukannya.

Apabila Si manja anda meningkat usia tujuh bulan, dia seharusnya diberi tiga kali sajian makanan pejal dalam sehari. Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan 200 kcal pengambilan makanan sampingan harian untuk bayi berusia di antara enam hingga lapan bulan (lebih kurang 1/2 cawan atau 100 ml bijirin untuk setiap hidangan).