Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Sunday, November 27, 2016

Shaklee Landmark Study

Landmark study ialah satu kajian yang dijalankan keatas supplement bagi memastikan keberkesanan dan selamat untuk digunakan.

Shaklee merupakan satu-satunya syarikat supplement di dunia ni yang ada landmark study. Tujuan Shaklee  nak buat landmark study kerana  Mr. Roger Barnett (CEO Shaklee) membeli company Shaklee. Beliau hairan bila semua orang mengatakan produk Shaklee bagus. Jadi lagi mengukuhkan produk Shaklee ni bagus maka beliau  telah melantik National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) iaitu satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US untuk membuat landmark study berkaitan Shaklee.

NHANES pulak telah melantik Dr. Gladys Block iaitu wakil dari satu institusi penyelidikan yang hebat iaitu University of California, Berkeley (UC-Berkeley) untuk mengetuai study ni. Doktor ni bukan calang-calang orang tau. Beliau merupakan orang yang hebat dalam bidang Epidemiologi & Public Health Nutrition. 

Monday, November 24, 2014

OMEGA UNTUK GOUT

Salam semua untuk sayang-sayang Che Kiah. Minta maaf banyak-banyak Che Kiah dah lama tak update blog. Che Kiah bukan pergi bercuti tapi Che Kiah menyiapkan tugasan di sekolah. Baru-baru ni Che Kiah rasa sendi-sendi macam tak selesa. Risau sangat kalau gout yang menyerang. Maklumlah berat badan macam makin bertambah jer..Jadi Che Kiah pun google mengenai gout.

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
TANDA GOUT
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

KOMPLIKASI
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes

gout

RAWATAN
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rawatan serangan akut
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
Antara cadangan suplemen yang akan membantu mengurangkan masalah gout.

1. ALFALFA 
  • Sifatnya yg beralkali membantu meneutralkan asid urik serta menyingkirkan lebihan asid urik dalam badan. Ia juga bertindak menyingkirkan toksin dlm badan.

2. OMEGA GUARD
  • Kandungan omega 3 yang bertindak sebagai anti-keradangan membantu mengurangkan radang sendi dan sekaligus mengelakkan sendi dari bengkak.

3. OSTEMATRIX
  • Orang yang menghidap gout akan lebih berisiko untuk membentuk batu karang yang dibentuk daripada calcium oxalate yang akan memudaratkan kesihatan buah pinggang. Ia juga turut mempengaruhi pengeluaran urine. Ostematrix membantu untuk mengelakkan berlakunya batu karang.

4. PERFORMANCE DRINK

  • Sangat penting bg pesakit gout untuk mengekalkan air di dalam badan. Jika badan kekurangan air, paras asid urik semakin meningkat dan menyebabkan gout bertambah parah. Performance drink membantu mengawal kehilangan bendalir dalam badan dengan mengekalkan kesimbangan air dalam badan. Ia juga turut berperanan penting bagi mengeluarkan lebihan asid urik dalam badan. Senang cerita, kalau air tak cukup dalam badan, macam mana nak flush keluar asid urik tadi.



LEBIH ISTIMEWA JIKA ANDA MENJADI AHLI
SAYA MERUPAKAN PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA KANGSAR

Pm/whatsapp 0174060844

Shaklee ID - 906986
SITI HAIZA
page : As-Syifa healthcare
fb : Siti Haiza / Ako Abdul

Monday, November 10, 2014

OMEGA-3 BAIK UNTUK PESAKIT ASMA

Asma merupakan sejenis penyakit genetik yakni penyakit yang boleh diwarisi bukan dijangkiti. Namun begitu penyakit asma tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana akan mengundang risiko lebih tinggi.

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
(Sumber wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Asma)


Bagaimana Omega Guard Membantu

“Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.

Omega guard mengandungi omega-3 yang bertindak untuk mencegah penyakit asma. Omega-3 yang terbaik ialah ikan air laut sejuk seperti tuna, mackrel, sardin, kod, halibut, dan salmon. Omega guard juga mampu bertindak seperti steroid. Ubat-ubatan sintetik kebanyakkan mengandungi steroid yang akan mengundang bahaya jika diambil secara berterusan. Ditambahkan lagi, Omega guard Shaklee 50% lebih tumpat berbanding produk lain.


LEBIH ISTIMEWA JIKA ANDA MENJADI AHLI
SAYA MERUPAKAN PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA KANGSAR

Pm/whatsapp 0174060844

Shaklee ID - 906986
SITI HAIZA
page : As-Syifa healthcare
fb : Siti Haiza / Ako Abdul

SAKIT HATI KENA PERLI PERUT BUNCIT

Perut buncit adalah normal bagi lelaki yang sudah berkahwin. Che Kiah pun hairan kenapa lelaki yang berkahwin perlu perut buncit. Ada juga bagusnya, itu menandakan lelaki itu sudah berkahwin. Suami Che Kiah sendiri pun mempunyai aset perut maju ke hadapan. Che Kiah bangga tau sebab orang kata pandai bini jaga suami dia..hehe..

Memiliki perut buncit bukanlah satu kesalahan tapi akan mengundang masalah lemak tepu yang berlebihan. Itu yang mendatangkan masalah. Antaranya :


  • jantung
  • tekanan darah tinggi
  • kencing manis
  • gout
  • batu karang
Penyakit-penyakit diatas adalah berpunca dari lemak yang berlebihan dalam badan kita. Hari ini Che Kiah akan cerita kenapa atau bagaimana Omega Guard Shaklee membantu menghapuskan lemak-lemak jahat ini. 

Omega guard Shaklee mengandungi Omega-3 yang diperoleh dari ikan laut dalam yang berair sejuk. Che Kiah sangat tertarik apabila disebut ikan laut dalam kerana ikan-ikan ini bebas daripada pencemaran sisa-sisa toksik yang merbahaya. Lagi satu fakta yang menarik, omega guard shaklee ni diperbuat daripada minyak ikan yang tulen bukannya dari hati ikan tau. Semua pun tahu kan fungsi hati iaitu menyimpan toksid-toksid dalam badan. Malah minyak ikan untuk Omega Guard ni disuling secara 3 peringkat (Triple Molecular Distillation) bagi mengekalkan keasliaannya.

  • menapis logam berat dan pencemaran lain
  • mencegah oksidasi dan trans-lemak
  • bau dan rasa ikan yang minima

Omega-3 membantu meningkatkan metabolisme badan. Apabila metabolisme meningkat kadar pembakaran lemak akan meningkat. Malah akan menghalang pembentukan lemak dan menyekat selera makan.

Omega-3 berfungsi melancarkan pengaliran darah ke otot semasa kita bersenam dan membantu merangsangkan enzim yang membawa lemak tersimpan untuk ditukarkan kepada bentuk tenaga. Dari sini kita boleh nampak lemak-lemak tersimpan akan terbakar dengan mudah ketika kita bersenam sekirannya kita mengamalkan omega Guard Shaklee. Bila lemak terbakar of course berat badan akan turun!!.

Che Kiah harap pembaca faham bagaimana Omega Guard Shaklee boleh bantu untuk kuruskan badan dan mengempiskan perut yang buncit. Lagi satu pesanan Che Kiah hati-hati apabila membeli minyak ikan jenama lain. Pastikan minyak ikan tersebut bukan dari hati ikan ye.


Nak penjimatan 20-30% dari setiap belian anda?


Mahukan bonus dari belian anda?


Klik SINI untuk megetahui kelebihan menjadi ahli
Jangan lupa dapatkan OMEGA dari kami
BUY 6 FREE 1
FREE KEAHLIAN



Thursday, October 30, 2014

TEMPAT MENARIK DI KUALA KANGSAR

Alhamdulillah sekejap je masa berlalu kan. Dah nak masuk hujung tahun. Terasa masa dungguh cepat berlalu. Masa walau sesaat tidak dapat dikembalikan. Usahlah kita melengah-lengahkan masa lagi. Biasala, akhir-akhir tahun ni semua sekolah akan sibuk buat jamuan akhir tahun. Kalau dulu sekolah Che Kiah buat di hotel, tapi keadaan terpaksa buat di Rest House je. Tempat bukanlah isu penting, yang penting ukhwah yang terjalin.

Rest House Kuala Kangsar terletak di Chandan berhampiran dengan SMK Raja Perempuan Kelsom. Kalau datang ke Kuala boleh tidur disini. View cantik tau sebab mengadap Sungai Perak. Terletak pula berhampiran dengan pekan Kuala Kangsar. Kalau nak berjalan kaki pun ok untuk ke pekan Kuale.


Bagi penggemar laksa boleh singgah di Medan Selera Laksa dan Cendol yang terletak di lembah. Dekat je dengan Rest House. Boleh dikatakan semua jual laksa dan cendol je.


Tempat-tempat menarik yang lain pula ialah Masjid Ubudiah dan Istana Kuning. Eh tadi Che Kiah mulanya nak story jamuan akhir tahun tapi excited nak cerita tempat-tempat menarik di Kuale pulak..



Nampak gayanya esok jelah Che Kiah stroy kisah jamuan akhir tahun sekolah Che Kiah. Kalau nak datang Kuale calling la Che Kiah.

PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE

Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:


  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.


Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:


Pudina (Peppermint)

  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demamapabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.



Halia

  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa haliamenghalang muntah selepas pembedahan.

Bacaan lanjut mengenai Halia : 10 Kelebihan Halia yang mungkin kita tidak tahu.



Pokok adas (fennal)

  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untukmenghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.


Cekur Manis (anise)

  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

OSTEMATRIK RAWAT SEMBELIT

Ibu-ibu yang baru bersalin pasti mempunyai satu perasaan ngilu atau ngeri untuk membuang air besar. Kesakitan semasa bersalin masih lagi terasa. Ditambahkan lagi ibu-ibu selepas bersalin akan menjalani tempoh berpantang selama 44 hari. Kalau orang tua-tua memang akan menyukat air yang diminum dan ibu-ibu juga tidak boleh makan sayur-sayuran tertentu. 



APA ITU SEMBELIT?

  • Anda mengalami sembelit sekirannya mempunyai simptom-simpton seperti di bawah:
  • Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras
  • Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
  • Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.


PUNCA SEMBELIT

  • Pemakanan tidak seimbang – pola pemakanan yang kurang serat dan air, terlalu banyak makan makanan yang telah diproses.
  • Pengambilan ubat-ubatan atau jamu yang boleh menyebabkan sembelit.
  • Tidak bersenam antara punca yang menyebabkan berlakunya sembelit. Gaya hidup zaman sekarang yang sentiasa mengejar masa membuatkan rutin senaman diabaikan.
  • Tabiat ke tandas yang kurang baik(suka bertangguh untuk ke tandas). Sering bertangguh untuk ke tandas walaupun telah merasakan gesaan untuk membuang air besar. Bertangguh akan membuatkan anda tidak selesa dan mengakibatkan desakan untuk membuang air besar semakin berkurangan.
  • Kurang minum air kosong - pengambilan air kosong sehari adalah minimun 3L sehari
  • Banyak makan makanan berlemak serta manis - kebanyakkan makanan di Malaysia adalah jenis berlemak dan manis, jadi sebagai pengguna perlu bijak memilih makanan yang sihat.
  • Kurang makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


CARA ATASI SEMBELIT
  • Amalkan pemakanan seimbang, lebihkan serat dan air dalam menu harian. Tambahkan pengambilan makanan tambahan seperti kalsium, alfalfa untuk melancarkan proses detoksifikasi. Kalsium boleh membantu melembutkan najis, manakala Alfalfa pula membantu dalam pelawasan dan proses detoksifikasi.
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang boleh mengakibatkan sembelit. Pilih pemakanan tambahan yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk merangsang usus yang sangat bagus untuk melancarkan proses pembuangan.
  • JANGAN BERTANGGUH! Segera ke tandas apabila merasakan desakan untuk membuang air besar. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan untuk tidak ke tandas.

Namun jika anda sukar untuk melakukan aktiviti serta mngamalkan pemakanan yang betul kerana kekangan masa serta sibuk dengan urusan seharian, shaklee mempunyai supplement yang dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit iaitu OSTEMATRIX


Bagaimana ostematrik membantu dalam mengatasi masalah sembelit?

Kandungan utama di dalam OSTEMATRIX adalah;

  • kalsium
  • magnesium
  • vitamin D
  • boron
  • manganese, copper, zink
Bahan yang membantu dalam mengatasi masalah sembelit adalah MAGNESIUM
Bagaimana magnesium membantu mengatasi masalah semebelit?

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplement OSTEMATRIK.

Kepada mereka yang mengalami masalah sembelit sangat digalakkan untuk mencuba OSTEMATRIX Shaklee.