Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Saturday, September 6, 2014

KEBAIKAN MAKANAN ORGANIK

Assalamualaikum..

Entry kali ini saya akan mengupas kenapa perlunya makanan organik. 

Kalau dulu saya memang tak tahu kebaikan organik tetapi saya mula tertarik dengan makanan organik selepas menyertai family Shaklee. Benar, produk Shaklee adalah 100% semula jadi dan selamat.

Apa maksud organik?


Makanan organik diperbuat mengikut piawaian pengeluaran tertentu, iaitu ditanam tanpa penggunaan racun perosak dan baja buatan manusia, maka bebas dari pencemaran akibat sisa manusia atau industri, serta diproses tanpa sinaran pengion.

Makanan organik dikatakan lebih sihat dan juga lebih berkhasiat daripada makanan biasa. Ia juga dijual dengan harga yang lebih mahal daripada makanan yang biasa. Tahukah anda perbezaan antara makanan organik dan makanan biasa?


Perbezaan antara organik dan bukan organik

Secara asasnya makanan organik adalah bebas dari racun perosak. Tanaman ditanam secara semulajadi dan dijaga. Manakala tanaman bukan organik diletakkan racun perosak untuk mengawal serangga perosak. Tanaman yang bukan organik secara fizikalnya kelihatan lebih sempurna manakala tanaman organik akan terdapat kesan gigitan serangga. Contohnya di pasar, kita pasti memilih sayuran yang kelihatan lebih segar berbanding sayur yang berlubang-lubang. Hakikatnya sayur yang berlubang-lubang itu lebih selamat dimakan!.



Cara Mengenal Pasti Makanan Organik

Makanan organik di pasaran boleh dikenal pasti dengan mengkaji logo yang dipaparkan di atas bungkusan makanan. Contoh logo-logo makanan organik yang sah adalah seperti berikut:


No comments: