Untuk menurunkan berat badan, kita perlu mempertimbangkan beberapa perkara.
1. Sebelum mencuba sesuatu produk untuk turunkan berat badan, pastikan produk tersebut adalah selamat dan halal.
2. Selepas membeli produk tersebut, pastikan cara pengambilan yang betul.
3. Jangan ingat, bila dah ambil supplement tidak perlu lagi jaga pemakanan dan senaman. Sebaliknya kita kena ambil tahu apa yang kita makan dan perlu juga melakukan senaman.
Di sini saya kongsikan 10 cara untuk turunkan berat badan.
1. Jangan skip sarapan pagi
Ada dikalalangan kita hanya bersarapan dengan secawan kopi sahaja. Maklum sajalah masa bergerak terlalu pantas. Semua orang mengejar masa sehinggakan sarapan hanya diambil al kadar. Ini merupakan satu tindakan yang salah. Sepatutnya sarapan kita perlu lengkap. Seolah-olah seperti makan tengahari. Ini adalah untuk mengelakkan kita dari mengambil berlebihan semasa lunch. Sarapan pagi membantu kita dengan memberikan tenaga sepanjang hari
2. Makan bila terasa lapar
Sediakan jadual makan supaya dapat membimbing kita supaya tidak makan sesuka hati. Makan mengikut masa yang telah ditetapkan bagi mengelak dari makan berlebihan. Tak kisahla sama ada waktu itu kita lapar atau tidak.
3. Pilih makanan yang rendah kandungan lemak
Sebelum membeli makanan pastikan kita baca terlebih dahulu nutrisi pada label. Pastikan makanan yang kita pilih adalah jenis rendah lemak. Bukan langsung tak ada lemak tau...tapi lemak dalam kuantiti yang kecil.
4. Piramid makanan yang betul
Dari sekolah lagi cikgu selalu tunjukkan piramid makanan. ha..masa inilah kita nak guna. Kena pastikan makanan yang kita ambil adalah mengikut nisbah yang betul.
No comments:
Post a Comment