Semasa coretan ini ditulis saya masih bercuti sakit selama 2 minggu selepas mengaalami keguguran. Ini merupakan kali pertama saya mengalami keguguran dan pertama kali juga melakukan D&C. Hasil daripada pemeriksaan doktor, kandungan saya ketika itu sudah mencecah 8 minggu dan memang tepat dengan tarikh period saya.
Sebenarnya saya hanya sedar bahawa saya mengandung dua hari sebelum disahkan mengalami keguguran. Aikk!! takkan tak sedar tak datang period??..semua orang tanya soalan macam tu...actually bulan sebelum tu selama beberapa hari saya mengalami brownish spot...so saya assume itu period.. Saya mula terasa badan saya semakin membulat dan baju jadi agak ketat. Bila bangun pagi badan lemah-lemah. Pergi kantin sekolah mula kembang tekak. Petang tu juga saya ajak hubby pergi beli UPT. Alhamdulillah double line.
Keesokkannya saya memang tak cerita pada kawan-kawan tentang berita baik semalam. Kebetulan pada petang itu ada mesyuarat di sekolah. Habis saja mensyuarat sebaik saja masuk dalam kereta, terasa ada benda mengalir laju je keluar. Macam period. So saya decide nak cek kat tandas. Memang lenjun panties yang saya pakai. Balik je sekolah direct pergi ke Ar-Ridzuan. After scanning Dr.Saadah inform tak dapat kesan jantung. Pada masa tu..saya dah redha.
Memandangkan saya dapat cuti sakit sehari, so saya mengajak hubby pergi ke Pakar Raofah. Memang betul, bila scan, tiada lagi ketulan hanya kantung sahaja. Dr.Raofah bagi masa seminggu untuk ketulan2 keluar dengan sendiri. Tapi saya datang semula ke klinik 3 hari selepas itu untuk D&C.
Alhamdulillah rupanya D&C tak delah sakit pun..tapi badan agak lemah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
No comments:
Post a Comment