Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Tuesday, October 7, 2014

PENGALAMAN CABUT GIGI

Kesinambungan daripada cerita last week, dah beberapa petua saya amalkan untuk hilangkan rasa sakit gigi. Alhamdulillah berkesan untuk jangka pendek. Tapi dek kerana gigi ini semakin hari semakin menjadi-jadi, saya gagahkan diri ini juga untuk berjumpa doktor gigi.

Kebetulan pula hari ini sekolah mengadakan kenduri qurban, jadi melepasla. Hari selasa kelas bermula 7.40 pagi hingga jam 9.00. pagi memang tak mengajar langsung. Hanya bagi latihan saja. Alhamdulillah pelajar faham.

Pukul 9.30 pagi saya mula gerak ke klinik. Dapat nombor giliran 1015. Giliran sekarang 1007. Debaran kian terasa. Terus terang saya memang sangat takut nak cabut gigi. Rasa gerun sangat tengok jarum besar..hehhe.. Sorang demi sorang keluar masuk. Pukul 11.00 giliran saya pula. Doktor sangat peramah. Jadi hilangla sikit gementar. Doktor nasihatkan gigi tadi dicabut. Maka 3 injection doktor bagi..pergh best sangat...!!!

Selepas beberapa minit giliran saya pula untuk mencabut gigi. Puas juga doktor tadi nak tarik gigi keluar. Akhirnya gigiku keluar juga setelah puas dipusing-pusing. Akibatnya ada sedikit akar tertinggal. Dek kerana pendarahan berlaku, doktor tangguhkan dulu proses membuang akar yang sedikit itu. Nampaknya debaran ini akan bersambung lagi. 

Habis je ubat bius, sakit yang amat dirasai hingga sekarang.. Cuba positifkan diri..ini adalah proses biasa. Menghapus dosa-dosa kecil. 


No comments: