Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian
Showing posts with label cinch. Show all posts
Showing posts with label cinch. Show all posts

Friday, September 19, 2014

SET KURUS : BAGAIMANA CINCH BERTINDAK

Semua orang gemuk nak kuruskan. Tapi hati-hati ye dalam memilih ubat untuk kurus. Kalau tersalah pilih penyakit lain pulak yang datang. Contoh penyakit ialah kegagalan buah pinggang dan masalah hati.


Entry hari ini saya nak dedahkan bagaimana CINCH INCH LOSS bertindak. Saya pasti anda pasti jatuh hati dengan CINCH. 

Kandungan dalam Cinch diperkaya dengan Leucine dan ianya dirumus khas untuk membantu anda memecahkan kitaran diet yo-yo.

Untuk setiap hidangan Shaklee Cinch, anda akan mendapat:
  • 24 gram protein, 
  • 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 
  • 6 gram serat larut


Protein amat diperlukan bagi pembinaan otot. Dengan otot yang sihat mampu menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dengan baik. Kelebihan protein juga membantu anda merasa kenyang dan secara langsung membantu anda mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.




Kebaikan Cinch Shake
  • Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
  • Powered by Leucine untuk memelihara otot semsas anda menurunkan berat badan
  • Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
  • Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy)
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.

Dari kajian klinikal, Cinch membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine, akan membina otot dan mengekalkannya dalam bentuk jisim tanpa lemak (lean muscle). 

Nak penjimatan 20-30% dari setiap belian anda?
Mahukan bonus dari belian anda?

Jangan lupa dapatkan SET SLIMMING SHAKLEE

LEBIH ISTIMEWA JIKA ANDA MENJADI AHLI

Pm/whatsapp 0174060844

Shaklee ID - 906986
SITI HAIZA
page : As-Syifa healthcare
fb : Siti Haiza / Ako Abdul

Monday, May 12, 2014

10 Cara Untuk Kurus Dengan Cinch Shaklee



Hari ini saya akan muatkan entry mengenai 10 cara untuk kurus dengan cinch shaklee. Idea tercetus bila saya mendapat respon dari customer dimana berat mereka tidak turun. Faktor utama ialah tidak mengamalkan diet yang betul. Jadi mulai hari ini marilah kita mengamalkan diet yang betul lagi sihat.



Mulakan Diet Kurus Shaklee dengan 10 Cara Ini.
1. Makan sumber protin pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan.
Bagi yang dah ada set slimming shaklee, CINCH SHAKES baik anda ambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup anda. Untuk maksimakan kesan kenyang, blend dengan beberapa biji kurma atau badam. Anda juga boleh campurkan sedikit mentega kacang (pure kacang) untuk tambahan protin. Tak perlu gunakan susu walaupun susu rendah lemak. Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, joging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif , tiada masalah ambil diwaktu sarapan.

2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta.
Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu( selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spegheti dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.
3. Makan makanan yang segar.
Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sosage, nugget, daging beger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan. Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah.
4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil lansung pada waktu malam.
Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik. Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam, tapi sebaik baiknya makan waktu petang.
5.Elakkan makan buah buahan berlebihan.
Selalunya kita silap. Kita menganggap makan buah buahan banyak baik untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum. Bagi yang tak selalu makan buah buahan, Vitamin C Plus Shaklee adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C, iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.
6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu.
Ketepikan susu atau produk tenusu,kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak. Untuk pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik, dengan sumber kalsium dan magnasium.
7. Hentikan serta merta minuman berkabonat.
Kandungan gula didalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula didalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain. Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIXsebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, emberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.

8. Hentikan penggunaak minyak sayur sayuran seperti minyak bunga matahari, ataupun minyak jagung.
Minyak yang terjual dikedai kedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.
9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan.
Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu /tak tepu? Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti danging bahagian rusuk , keju, mentega, susu penuh krim, dan makanan yang diproses(segera). Hindarkan terus magerin dan makanan goreng. Jangan buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan Minyak Omega 3, seperti OMEGA GUARD adalah yang terbaik.


10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.
Minum air selagi urine anda tidak berwarna putih. Sekiranya urin berwarna kuning, bermakna anda belum cukup air.
Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus diatas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang betul.
Cadangan Pemakanan Slimming Set Shaklee
SARAPAN
Makan 5 biji Alfalfa setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.
Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG ( anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama).anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu Shaklee ESP.
Anda akan kenyang shingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan, dan anda akan makan dengan sedikit
MAKAN TENGAH HARI
Sebelum Makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGA GUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
Makan nasi ( agak2 sebesar genggaman tangan )+ ikan/daging (yang x berlemak)/dada ayam. Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus,kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng. Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.
MAKAN MALAM
Elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam seboleh-bolehnya. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.
Ataupun anda boleh Menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKES atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan. Tetapi seelok eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes.
Sebelum tidur , makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur. Dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur.
Selamat mencuba.
Jom lihat TESTIMONI HEBAT dari pengguna tegar set kurus shaklee
SMS/WHATSAPP 0174060844 HAIZA

Wednesday, February 20, 2013

CINCH UNTUK 'INCH LOSS'


Ramai orang berdiet guna cara lama dimana, tak nak makan atau makan terlalu sedikit.. sehingga ada yang rasa mengantuk, lemah kerana tidak cukup makan.. Tetapi sebenarnya berlaku apabila kita terlalu berdiet (tidak peduli akan kepentingan nutrisi), kita akan kehilangan otot.Apabila kita kehilangan otot, kita akan kehihangan keupayaan untuk membakar lemak dan metobolisma kita menurun. (Ini selari dengan konsep buku 'Burn the fat, Build the mucles').

Apabila kita menjadi bosan dengan asyik berdiet, kita mula makan seperti sebelumnya.. Pada masa itu tubuh badan kita tidak berupaya membakar kalori seperti sebelumnya. Maka, berat badan boleh bertambah dan terpaksalah memulakan sistem diet yang lain. Inilah kesan diet yang tidak seimbang atau digelar diet yo-yo.

Justeru dari ini, Shaklee menggunakan pengetahuan selama 50tahun untuk menghasilkan produk yang mengurangkan inci dengan cara mudah dan menyihatkan.

Terdapat 2 produk yang dijual di Malaysia.

CINCH SHAKE MIX SHAKE


Terdapat 3 pilihan, perasa:- Chocolate, Vanilla dan Cafe Latte
Dalam bentuk serbuk, 765gm/15 sajian

Kebaikan CINCH

  • Memberi khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa sedap bagai pencuci mulut.
  • Mengandungi CinchPro iaitu satu campuran khas dari Shaklee. Ia adalah campuran protin ekslusif yang diperkara dengan asid amino leusin.
  • Diperkara dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda menghilangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serabut atau fiber yang tinggi iaitu 6gm dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO

    CINCH ENERGY TEA MIX


    Cinch Energy Tea Mix memberi peningkatan tenaga segera apabilakita perlukan tenaga pada bil-bila masa.
    Merupakan campuran 3 teh. Ini campuran dihasilkan oleh Shaklee dinamakan T-Lift. 3 teh tersebut adalah Mathcha (teh hijau jepun), Rooibos (teh merah Afrika Selatan) dan juga ada kandungan ekstrak teh putih dan teh hijau.
    Boleh diminum panas ataupun sejuk, ia menambahkan tenaga semasa kehilangan berat badan

      T-Lift terdiri dari:-

      MATCHA - sejenis teh hijau yang mengandungi zat termasuk mineral, fiber dan antioksidan
      ROOIBOS - mengandungi sebatian antioksidan polifenol yang unuk.
      Ekstrak teh putih - juga dikenali sebagai anak teh hijau. Sebatian antioksidan yang lebih tinggi daripada teh hijau.

      KEBAIKAN CINCH  ENERGY TEA MIX 
      • Bagi penambahan tenaga dengan selamat dan semulajadi
      • Termasuk taurina yang meningkatkan kecerdasan, tenaga dan daya ketahanan
      • Sebagai alternatif yang sempurna kepada snek manis dan kopi
      • Boleh diminum sejuk atau panas
      • Alternatif tenaga semula seperti Milo, Soda
      Jom dapatkan CINCH anda hari ini..
      Pm/whatsapp 0174060844
      Shaklee Independent Distributor
      Shaklee ID - 906986

      TERBAEK DARI:http://syifahealthcare.blogspot.com/



      * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.