BERAPA LAMA BOLEH STABIL?
Pengalaman saya untuk ketiga-tiga anak adalah berbeza. Selepas saya mula sedar dan ubat bius dah habis, memang sakit sangat. Jadi saya request ubat tahan sakit. Kesannya saya akan terlelap. Untuk anak pertama saya memang sukar untuk bangun ke toilet. Everything buat sendiri. Doktor nasihatkan saya berjalan seperti biasa bagi mengelakkan darah beku. Motivasi diri kena sangat-sangat tinggi. Jalan memang terbongkok-bongkok. Teringat satu kisah dimana semasa saya nak tukar pad, pad yang lama terjatuh ke lantai. Terus saya biarkan atas lantai. Kali pertama turun katil memang sakit, tapi kali kedua dan seterusnya anda akan lebih selesa dan stabil. Apa yang pasti anda perlu bergerak kurang dari 24 jam selepas bayi dikeluarkan.
BAGAIMANA NAK MENYUSU BADAN
Ibu-ibu boleh menyusu anak seerti biasa bagi mengelakkan anak hipo. Pergerakan ibu sangat-sangat terbatas dan sukar untuk bergerak. Ibu boleh mohon bantuan jururawat ataupun suami bagi membantu pergerakan anda. Kebanyakan hospital sekarang menyediakan katil yang agak canggih. Hanya menggunakan remote sahaja untuk melaraskan posisi kita.
RUPA PARUT
Selepas penutup tempat ceaser dibuka, warna parut adalah kemerah-merahan. Kalau ngeri jangan tengok. Lama kelamaan parut ini akan berubah ikut warna kulit. Ada yang parut timbul dan ada juga yang rata. Bergantung kepada penjagaan kita. Istilah yang digunakan ialah 'keloid'. Boleh google untuk mengetahui cara menghilangkan keloid.
AKTIVITI DIRUMAH
Awas!! ibu-ibu tidak boleh sama sekali mengangkat benda-benda berat. Jangan over rajin ye. Biar suami yang buat. Bila lagikan nak manja-manja. Kesan daripada mengangkat benda berat, besar kemungkinan akan berlaku pendarahan pada tempat belahan ataupun belahan terbuka. Ngeri kan...so jangan ambil risiko. Angkat baldi pun tidak boleh. Rehat je selama 6 minggu tu. Rehat bukanlah bermaksud tidur je..tapi exercise sikit...
No comments:
Post a Comment