Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Wednesday, March 13, 2013

URUTAN BOLEH MENGERATKAN HUBUNGAN IBU & ANAK

Mengikut kajian perubatan moden pula, urutan pada badan bayi mempunyai pelbagai manfaat, selain menghilangkan kembung pada perut bayi, ia juga mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak mereka. Mulakan urutan ketika dalam pantang lagi dan ibu perlu meneruskan urutan tersebut setiap masa.




Manfaat urutan pada bayi

1. Membantu pembesaran fizikal bayi.
2. Menguatkan ketahanan tubuh badan.
3. Membina keyakinan diri.
4. Memperbaiki perjalanan darah.
5. Memperbaiki sistem penghadaman.
6. Membantu memudahkan bayi tidur.
7. Merangsang aliran oksigen dalam badan.
8. Membantu perkembangan fungsi otot.
9. membantu meredakan kesakitan apabila demam.
10. Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
11. Meransang perkembangan fizikal dan psikologi.
12. Membuatkan bayi rasa tenang dan selesa.
13. Mengeratkan ikatan kasih sayang ibu dan bayi.

Mulakan urutan dengan

kaki - Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

Perut - Pijatan i love u. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik.
  • Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I)
  • Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L)
  • Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.
Tangan - Ulang proses sama seperti mengurut kaki.
Dada - Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.
Muka - Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, Keliling mata dan kening. Urut pipi , usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.
Belakang badan - Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.
Bahu - Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki. Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.

sumber:NUR/JANUARI2012



No comments: