Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Friday, December 6, 2013

OMEGA 3, MINYAK IKAN, EPA dan DHA

Kita sering mendengar hubungkait DHA dengan perkembangan otak yang sihat. DHA adalah singkatan daripada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan fatty acids yakni yang tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi boleh diperolehi daripada sumber makanan. Jadi, bayi mendapat sumber DHA daripada susu ibu. 60% otak manusia diperbuat daripada lemak dan kebanyakkan lemak ini diperbuat daripada DHA. Ini jelas menunjukkan untuk perkembangan otak yang sihat, kita memerlukan DHA yang secukupnya

Sumber DHA

Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti ikan Salmon dan ikan kod. Minyak ikan mengandungi DHA dan EPA. Gabungan DHA dan EPA akan menghasilkan OMEGA 3. Sumber-sumber lain untuk DHA ialah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif dalam minyak ikan.

Kebaikan utama DHA

Kebaikan utama dari pengambilan DHA ialah :


bullet
pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
bullet
pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
bullet
pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

Kelebihan-kelebihan lain DHA
Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :
bullet
mengurangkan triglycerides (lemak).
bullet
mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
bullet
menurangkan risiko tekanan darah tinggi.
bullet
mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
bullet
mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction, atherosclerosis dan juga kanser. Bagaimanapun ada antara kajian yang melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.
Kanak-kanak yang mengalami keadaan attention-deficit-disorder didapati kurang kandungan DHA. Bagaimanapun, pertambahan dalam pengambilan DHA tidak memulihkan keadaan tersebut.


Terima kasih kerana sudi membaca....

Pm/whatsapp 0174060844
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 906986
SITI HAIZA

No comments: