Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Saturday, September 20, 2014

ASYIK MABUK KETIKA HAMIL

ASSALAMUALAIKUM

Rasa bersyukur sangat bila diri ini tidak lagi pernah mengalami morning sickness ketika hamil. Tiada siapa pun meminta untuk jadi sebegitu. Itu tandanya Allah sayang pada kita. 


Mabuk ketika hamil biasanya  berlaku di peringkat awal kehamilan. Apabila memasuki bulan ke empat mabuk akan hilang. Tapi ada juga sampai 9 bulan. Sangat kesian.

Jadi hari ini kita cuba selidik, apakah faktor-faktor mabuk ketika hamil.

Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar 5 atau enam minggu kehamilan dan berkurangan bagi kebanyakkan wanita menjelang 14 minggu.
Mabuk hamil ialah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila mula-mula bangun atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari. 

Mabuk hamil yang paling teruk dipanggil hyperemesis gravidarum (muntah berlebihan semasa hamil). Hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi. Khidmat nasihat doktor adalah sangat penting.

Tip untuk mengurangkan mabuk semasa hamil

Mabuk pagi boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:
  • Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.
  • Makan semasa bangun tidur biasanya membantu, contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.
  • Terus makan sesuatu makanan apabila mengidamkannya (teringinkannya)
  • Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng
  • Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya
  • Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan
  • Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah
  • Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.
Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.
Ibu-ibu juga boleh amalkan surah-surah dibawah :

No comments: