Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Friday, September 19, 2014

FAKTOR-FAKTOR GEMUK

Orang gemuk merupakan golongan yang berisiko tinggi. Lebih dari 100 kajian menunjukkan orang yang mempunyai berat yang berlebihan berisiko lebih tinggi meninggal di usia muda (30%). Dikatakan gemuk apabila bacaan BMI melepasi paras normal.



Punca-punca gemuk

1. Tenaga yang tak seimbang dalam badan

Untuk mengetahui status berat badan sama ada kurus, normal , gemuk atau obesiti kita kena kenal pasti BMI kita. Kena pastikan BMI berada dalam normal. Kita kena pastikan juga tenaga kita berada pada paras normal dan seimbang. Seimbang bermaksud nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar sama dengan jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh tubuh.

Tenaga dan kalori diperolehi melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalu aktiviti-aktiviti yang kita lakukan.

Banyakkan aktiviti riadah dan dalam masa yang sama kurangkan mengambil makanan yang berkalori.



2. Gaya Hidup yang Kurang Sihat

Dalam arus kemodenan ini setiap pekerjaan yang dilakukan adalah dengan pantas. Jadi, tenaga yang digunakan adalah sedikit berbanding dengan jumlah makanan yang diambil. Kajian menunjukkan, seseorang yang berkerja dengan duduk berpanjangan adalah lebih risiko mendapat penyakit dan gemuk berbanding orang yang berkerja mengeluarkan peluh.

Gaya hidup kita menggambarkan keadaan kita.  Disarankan untuk golongan yang berkerja di pejabat luangkan sedikit masa untuk bersenam. Sekali sekala gunakan tangga berbanding lif. Secara tidak langsung membakar kalori dalam badan kita.

3. Faktor Genetik

Pernah jumpa tak, dimana kesemua ahli keluaranya gemuk. Inilah dikatakan faktor genetik atau bahasa pasarnya ialah keturunan.

4. Pemakanan Tidak Sihat

Kecenderungan masyarakat sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian dan makan ikut selera, bukan keperluan juga penyebab utama orang menjadi obesiti.


5. Hormon Tidak Seimbang

Ramai tak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar dikawal. Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.

6. Emosi Tidak Stabil

Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu boleh stres dan depres. Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi stresnya.

7. Pengambilan Ubat-ubatan

Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.

8. Persekitaran

Mereka yang bekerja di kantin di dapur-dapur lebih tinggi peluang mendapat obesiti berbanding yang bekerja dipersekitaran lain. Ini kerana mahu atau tidak setiap hari mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat daripada aroma atau bau makanan.



4 comments:

Unknown said...

bagusnya info ini.. tq ya sharing..

www.mqvitashop.com

Unknown said...

Bahaya kegemukan membawa pelbagai penyakit

jom singgah blog saya :
www.annur-shoppe.blogspot.com

Unknown said...

bahaya bole bawa kepada kematian..dan kurang seimbang

Unknown said...

bahaya bole bawa kepada kematian..dan kurang seimbang