Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Sunday, September 14, 2014

KESIHATAN ORAL

Salam..

Bau mulut yang busuk merupakan satu mimpi ngeri setiap orang. Bayangkan apabila kita sedang bercakap, kawan-kawan memalingkan muka atau menutup hidung. Sangat memalukan. Ditambahkan pula senyuman yang beserta gigi yang berkarat dan kekuningan. Ish...sangatlah memualkan. Hilang habis keserian wajah kita malah tiada siapa yang mahu mendekati kita.

Jadi hari ini saya akan memberi beberapa tips untuk penjagaan oral hasil dari beberapa sumber.

Penjagaan gigi palsu

  • tanggalkan gigi palsu ketika tidur.
  • selepas makan tanggalkan gigi palsu sebelum berkumur
  • kurangkan meminum minuman manis.
  • sentiasa mencuci gigi palsu bagi mengelakkan jangkitan kuman

Penjagaan kebersihan gigi yang baik

  • berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur
  • gunakan ubat gigi berflourida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar kacang soya sahaja.
  • Jangan sesekali berkongsi berus gigi.
  • Tukar berus gig sekiranya berus sudah kembang

Makan makanan yang sihat

  • makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • elakkan daripada menambahkan gula dalam minuman or makanan kanak-kanak.
  • Jangan sesekali mencelup puting kedalam makanan bergula
  • Elakkan meminum minuman berkarbonat

Pemeriksaan gigi secara berkala

  • Biasakan anak-anak untuk mendapatkan rawatan dengan doktor ataupun jururawat pergigian.
  • Untuk gigi normal, rawatan boleh dilakukan sekali dalam setahun
  • Manakala yang mempunyai masalah gigi, perlu lebih kerap berjumpa dengan doktor gigi.

No comments: