Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Wednesday, September 24, 2014

TEKNIK PERCUSSION UNTUK KAHAK

ASSALAMUALAIKUM

BATUK BERKAHAK

Sekarang seolah-olah dilanda musim kanak-kanak berkahak. Saya kata macam ini sebabnya ramai kenalan saya dimana anak mereka batuk berkahak. Masa di sekolah tadi seorang kawan saya mengadu anaknya batuk berkahak sehinggakan diberikan nebulizer 2 kali. Saya sendiri pernah mengalami situasi seperti tersebut. Anak saya yang kedua memang kerap mendapat jangkitan pada tonsil dan paru-paru. Setiap kali dia batuk saya dah mula risau.

Pada mula-mulanya dulu seboleh-bolehnya saya nak elakkan dari ambil neb. Tapi akhirnya saya akur dengan nasihat doktor. Alhamdulillah anak saya kembali sembuh. Hakikatnya terdapat beberapa kesan negatif sekirnya berterusan menggunakan neb. 

KAEDAH ALTERNATIF

Ibu-ibu yang ada anak masih bayi perlu mempelajari TEKNIK PERCUSSION. Teknik ini digunakan untuk melonggarkan kahak yang melekat pada paru-paru. 

Sekarang cuba lihat gambar di bawah :


Tangan ibu perlu dibengkokkan seperti ini.


Bayi perlu dalam keadaan meniarap seperti dalam gambar. Kalau dewasa perlu baring seperti disebelah.

LANGKAH-LANGKAH

  • Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal dibawah perut. Pastikan bantal yang digunakn tidak terlalu tebal ataupun terlalu nipis. 

  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas sedikit. Pastikan kaki dalam keadaan lurus dan kedudukan bayi dalam keadaan yang selesa.

  • Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cuping ( lubang di tengah ) ataupun ( bagi yang biasa main kad tepuk masa kecil-kecil dulu...macam tu lah bentukkan tangan tu ). Kemudian gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan dibelakang bayi. Tujuannya adalah supaya ada udara mengisi di ruang tapak tangan kita supaya apabila ditepuk ke atas bayi kesakitan itu tidak terasa.

  • Tepuk selama 15minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Teknik menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak yang terperangkap di dalam paru-paru.

  • Selalunya selepas 15 minit di tepuk bayi akan batuk atau bersin dan sekaligus akan mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah atau ludah bagi yang kanak-kanak yang agak besar sedikit. jika tertelan tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar melalui najais mereka. Paling penting sebelum melakukan teknik ini pastikan anak tidak diberi minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Nak penjimatan 20-30% dari setiap belian anda?

Mahukan bonus dari belian anda?


Klik SINI untuk megetahui kelebihan menjadi ahli
Jangan lupa dapatkan SHAKLEE COLLAGEN POWDER dari kami
BUY 6 FREE 1
FREE KEAHLIAN

LEBIH ISTIMEWA JIKA ANDA MENJADI AHLI
SAYA MERUPAKAN PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA KANGSAR

Pm/whatsapp 0174060844

Shaklee ID - 906986
SITI HAIZA
page : As-Syifa healthcare
fb : Siti Haiza / Ako Abdul

No comments: