Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Monday, October 13, 2014

KENAPA PERLU VITAMIN

Ada sesetengah pihak sering mengutarakan soalan, kenapa perlu ambil vitamin?

Bukan ke badan kita boleh menghasilkan vitamin sendiri?

Bukan ke makanan yang kita makan dah cukup vitamin?


Tak merbahaya ke ambil vitamin banyak-banyak?

Jom, anda tanya saya jawab..Penerangan seperti dibawah.

Kebanyakan orang kita tidak mengamalkan makanan seimbang, malah tidak ambil berat pun apakah zat yang terkandung dalam menu mereka. Jauh sekali untuk mengambil makanan dalam nisbah yang betul. Hal ini menyebabkan badan kita akan menerima zat dalam kuantiti yang tidak sepatutnya ataupun tidak betul.



Selain dari faktor tidak seimbang, kebanyakkan makanan mentah hari ini seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ulam-ulaman sudah pun dicemari oleh racun serangga. 

Adakah anda pasti, sayuran yang anda makan adalah organik?

Adakah anda memetik sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman dari kebun sendiri setiap hari?

Sudah pasti jawapannya TDAK!!.. termasuklah saya sendiri.

Kita lebih banyak membeli dari pasar. Sayurannya sangat cantik, tidak dimakan ulat pun.
Jika sayuran yang kita beli sempurna sifatnya, maka kebarangkalian sayur tadi sudah dicemari dengan racun serangga adalah tinggi.

Faktor seterusnya ialah kehilangan zat makanan ketika masak. Masak terlalu lama juga menyebabkan zat meresap keluar.

Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.
  1. Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan.
    Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.
    Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup.
  2. Tambah kalsium setiap hari.
    Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.
    Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.
  3. Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.
    Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.
  4. Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.
    Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.
    Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C , D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink , Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanan nya.
  5. Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
    Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan) , yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ) , yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement , vitamin dan mineral.
Elakkan mengambil vitamin dalam dos yang terlalu tinggi kerana sesetengahnya ( terutama vitamin A dan D ) adalah tosik jika diambil berlebihan.
Berikut antara kepentingan zat vitamin dan mineral dan jumlah yang perlu diambil setiap hari.

Beta carotene
Mengurangkan kesan radikal bebas. Mengurangkan risiko sesetengah kanser dan penyakit arteri koronari.
5 -6 mg sehari
Vitamin A
Penting untuk mata, kulit dan membran mukosa yang sihat. Boleh juga melindungi terdapat kanser tertentu.
4000 iu untuk perempuan
8000 iu untuk lelaki
Vitamin C
Menjaga gusi dan gigi sihat. Membantu dalam pembaikan tissue dalam badan , penyembuhan luka dan resapan zat besi dalam usus. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung dan katarak.
250 – 500 mg sehari
Vitamin E
Mengurangkan kesan radikal bebas, membantu pembentukan sel darah merah. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung , katarak dan menambah imuniti.
200 – 400 iu sehari
Folate
Penting dalam tumbesaran dan metabolisma protein. Mengurangkan risiko cacat anak dalam kandungan. Boleh mengurangkan risiko kanser serviks dan usus besar.
400 ug
Kalsium
Membina dan mengekalkan kekuatan gigi dan tulang. Membantu jantung berfungsi dengan baik. Mengurangkan risiko darah tinggi.
1000 mg sehari untuk dewasa
1200-1500 sehari untuk perempuan >50 tahun dan lelaki >65 tahun
Zat Besi
Penting untuk pembentukan haemoglobin (dalam darah) dan myoglobin (dalam otot). Penting dalam fungsi enzim dan protein dalam badan. Vitamin C penting untuk resapan yang baik.
10 mg sehari

1 comment:

KakWa RatuVitamin said...

Sebab kit tak kan boleh 100% sure apa yang kita makan akan membekalkan nutrien yang cukup untuk badan kita.

Sebab tu kita perlukan Vitamin!
Shaklee pula tak ada kesan sampingan yang memudaratkan macam kita makan ubat.
So,sentiasa selamat!


Perlukan vitamin untuk kecerdasan anak?
Baca yang ni http://sihatcunmelecun.blogspot.com/2014/10/anak-bijak-dengan-omega-guard.html