Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Tuesday, May 14, 2013

SI JANTUNG HATI

Cuba kita byangkan jantung kita berhenti seketika..macamanala agaknya kita. Agak-agaknya collapse kot or gol..Tahukah anda jantung kita hanya sebesar penumbuk atau segenggam tangan sahaja. tetapi ia mengepam kira-kira 2000 gelen darah dan mengecut 100 000 kali sehari. Subhanallah..jom kita baca cara menjaga kesihatan jantung.

1. UNTUK MENGGALAKKAN KESIHATAN JANTUNG YANG LEBIH BAIK

  • Tangani paras tekanan anda
  • makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta amalkan diet rendah lemak, rendah kolestrol
  • akif secara fizikal iaitu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan kekalkan berat badan anda
  • pantau tekanan darah, paras kolestrol dan gula darah anda
2. NUTRIEN UNTUK KESIHATAN JANTUNG YANG LEBIH BAIK
  • bawang putih membantu menurunkan kolestrol dan menormalkan tekanan darah
  • Asid lemak omega-3 membantu merangsang sistem imun, mengurangkan darah beku dan melindungi daripada serangan jantung. ia juga menurunkan tekanan darah, meningkatkan paras HDL yang baik, menurunkan paras trigliserida, melindungi arteri daripada timbunan plak dan antiradang.
  • vitamin B-compleks contoh B-12 (folat) dan B-6 melindungi daripada darah beku dan aterosklerosis (pengerasan arteri). Niasin (vitamin B-3) membantu meningkatkan kolestrol HDL.
  • Vitamin C dan E adalah antioksidan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.
  • Magensium,kalium dan kalsium membantu menurunkan tekanan darah.
  • Serat membantu menurunkan paras kolestrol.











No comments: