Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Tuesday, June 4, 2013

MAKANAN PEJAL PERTAMA SI MANJA

Untuk entry kali ini saya akan membicarakan makanan pejal pertama si manja. Pada umur 6 bulan bayi biasanya sudah bersedia untuk menerima makanan pejal. Peralihan daripada diet susu ibu sepenuhnya kepada diet yang ditambah makanan pejal, merupakan tempoh genting dalam hayat bayi. Kelewatan memberi makanan pelengkap boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan mungkin menjejaskan pertumbuhan serta perkembangan bayi, baik dari segi mental mahupun fizikal. Sebaliknya pula, pemberian makanan pejal terlalu awal juga tidak digalakkan kerana sistem penghadaman si manja masih belum cukup matang dan memerlukan masa untuk bersedia.

Mulakan proses memperkenalkan makanan pejal harus dengan bijirin bijian tunggal, seperti bijirin beras bayi, kerana ia bebas gluten dan mudah dihadam. Bijirin beras juga jarang menyebabkan kesan alahan terhadap bayi. Malah bijirin beras kaya dengan zat besi, vitamin dan mineral penting di dalam jumlah yang diperlukannya.

Apabila Si manja anda meningkat usia tujuh bulan, dia seharusnya diberi tiga kali sajian makanan pejal dalam sehari. Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan 200 kcal pengambilan makanan sampingan harian untuk bayi berusia di antara enam hingga lapan bulan (lebih kurang 1/2 cawan atau 100 ml bijirin untuk setiap hidangan).


No comments: