Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Monday, June 10, 2013

WARNA WARNI MAKANAN

BUAH BUAHAN DAN SAYUR SAYURAN BERWARNA WARNI

Makan buah buahan dan sayur sayuran pelbagai jenis dan warna setiap hari adalah penting. Garis panduan pemakanan Amerika Syarikat menyarankan diet yang mengandungi 9-13 sajian buah buahan dan sayur sayuran yang berwarna warni dalam sehari supaya tubuh kita mendapat nutrisi yang seimbang. 

hal ini demikian kerana buah buahan dan sayuran mengandungi fitonutrien iaitu nutrisi tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan dan melindungi tubuh.



APAKAH ITU FITONUTRIEN

Fitonutrien ialah nutrisi tumbuhan yang membantu dalam pelbagai fungsi tubuh. Fitonutrien bertindak sebagai antioksidan, membantu mengawal atur metabolisme, aktiviti enzim dan mungkin membantu mengurangkan kebarangkalian mendapat penyakit kronik.

Lebih 200 jenis daripada 25,000 bahan tumbuhan yang ada telah dikenal pasti berguna dalam mencegah penyakit. Itulah sebabnya fitonutrien semakin dikenali sebagai vitamin untuk abad ke-21.

No comments: