Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Wednesday, September 3, 2014

AQIL HERO KU

Salam..

Kenangan 2009 masih segar dalam ingatan. Tanggal 1 Nov 2009 lahirlah putera sulong kami yang berat 1.8 kg sahaja. Nama diberi Muhammad Aqil. Aqil keluar masa kandungan saya baru mencecah 32 minggu. Pada ketika itu saya dan suami tinggal berasingan yang disebabkan oleh jarak sekolah kami yang memang jauh. Hanya hujung minggu je kami berjumpa.

Alhamdulillah kebetulan masa kontraksi saya berada di Kuching. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Pada mulanya saya ingatkan itu adalah kontraksi biasa..tapi semakin lama semakin kerap dan sakit. So, doktor cakap kena admit, Hampir sehari jugala berada di labour room. Macam-macam bermain difikiran ni. Akhirnya doktor cakap saya kena masuk dewan bedah sebab jantung baby semakin lemah.

Tepat 1.03 pagi keluarlah Muhammad Aqil ke dunia ini. Ya Allah sangat kecil. Bayangkan hanya 1.8 kg. 
Aqil ditempatkan di NICU. Hari ke 11 Aqil dibenarkan keluar dari hospital. Okay esok saya sambung kisah seterusnya. Mata dah kuyu ni..


Sedapnya Aqil tidur,,,nii gambar 2010...


No comments: