Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Monday, September 29, 2014

PENGALAMAN BERSALIN CEASER

Jauh di sudut hati ini ingin melalui detik-detik bersalin secara normal. Teringin juga nak rasa nikmat dan kenangan terindah sebagai ibu. Saya mempunyai pengalaman 3 kali bersalin secara ceaser. Alhamdulillah doktor masih lagi memberi peluang kepada saya untuk tambah sorang lagi. InsyaAllah tahun-tahun depan.

Detik-detik yang saya lalui untuk setiap anak adalah berbeza. Semasa ceaser anak pertama, saya hanya sakit selepas ceaser. Sebelum masuk ke OT tak rasa apa-apa pun. Yelah kan, bukannya nak bersalin lagi sebab 7 bulan. Just kontraksi yang kerap. Selepas habis ubat bius, hanya Allah yang tahu betapa peritnya. Anak sulung ni saya bersalin di Hospital Umum Sarawak. Teringat lagi semasa di bilik bedah, dalam hati kecil ku berkata, kalau macam ni 10 orang pun boleh. Tapi lepas je habis ubat bius rasa macam cukuplah sorang dulu. Paling perit masa nak ke toilet. Memang berpaut untuk sampai ke toilet. Saya cekalkan hati saya untuk bergerak. 



Untuk anak kedua pulak, kisahnya lain. Si abang tak cukup bulan, tapi si adik ni pulak terlebih hari sehinggakan doktor tolong buka jalan 1 cm. Bermula detik itu, kontraksi lebih kerap berlaku. Memang saya tak dapat nak tidur malam itu. Sakit yang amat sehinggakan saya request ubat tahan sakit. Di pendekkan cerita keesokannya baru saya bersalin. Itu p
un ceaser juga sebab jalan tak nak buka. Maintain 4 cm dan kontraksi sangat kuat. Akhirnya saya sendiri request untuk ceaser. Yang bestnya lepas ceaser saya tak rasa sakit. Alhamdulillah..siap berjalan ke tandas lagi.

Anak ketiga saya ni pulak memang dah wajib ceaser sebab si abang dah ceaser. No more choice to choose. Yang ketiga ni sangat ngeri. Masih terngiang-ngiang lagi. Saya rasa sakit semasa operation dijalankan...itu saja boleh cerita. Rasa ngeri sangat sehinggakan nurse bagi bantuan oksigen. Sehingga sekarang saya rasa belum bersedia.

Cuma saya nak nasihatkan pembaca, please jangan ambil pati ikan haruan or ikan haruan sebaik sahaja baru ceaser. Ini akan menjadikan isi anda melekat-lekat. 

Ibu-ibu boleh cuba ambil SET SHAKLEE


  1. ZINK
  2. VITA-C
  3. BCOMPLEX
  4. VITALEA
  5. ESP
SET Ini cepat menyembuhkan luka di dalam dan badan kembali bertenaga.


No comments: