Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Sunday, September 28, 2014

TIPS MERAWAT ANAK KEMBUNG

Kalau anak kecik menangis pasti pertama sekali kita akan cek sama ada kembung atau tidak. Bayi baru lahir mudah mendapat kembung perut jika si ibu tersalah makan benda-benda berangin atau sejuk. Mau tak tidur malam ibu pada malam itu. Selaunya kita akan ketuk perut bayi dengan jari kita. Kalau bunyi macam tong kosong, bermakna perut bayi tadi kembung.

Entry kali ini saya akan sharekan cara merawat kembung bayi melalui pembacaan saya dan tulisan rakan blog.

Cara pertama menggunakan daun sirih yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa . Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang.
Cara kedua adalah dengan menggunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain. Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti iktan sup bunjut adabi).Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di kawasan yang di sebutkan tadi.
Selain itu setiap kali selepas selesai bertuam, sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di di bawah pelipat, di tapak kaki bayi, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang.Jika anda rajin melakukannya, insyaalah bayi anda akan jarang kembung perut.


Sebaik-baiknya anda sendawakan bayi anda sebaik selesai menyusukannya. Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan bayi amat mudah dan anda boleh lakukan mana yang anda rasa lebih selesa. Anda juga boleh tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan.
Bayi kita akan tidur lena jika tidak mengalami masalah kembung dan kita juga boleh dapat merehatkan badan atau melakukan kerja-kerja ringan sewaktu berpantang.

No comments: