Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Wednesday, October 29, 2014

ANAK LAMBAT BERCAKAP

Kanak-kanak akan mula bercakap apabila berusia setahun. Setahun sudah boleh bercakap dengan 1 patah perkataan. Umur 2 tahun 2 patah perkataan dan begitu seterusnya. Sebagai ibu bapa kita perlu peka terhadap perkembangan anak kita. Jangan kita terlalu menganggap itu merupkan perkara biasa. Segera dapatkan rawatan sebelum menjadi lebih serius.

Semenjak anak masih bayi kita perlu peka terhadap deria pendengaran anak kita. Cuba bunyikan sesuatu dan perhatikan adakah anak kita memberi respon seperti menoleh kearah bunyi, terkejut, atau anak kita akan melompat-lompat. Sekiranya anak kita tidak memberi apa-apa respon segera berjumpa dengan doktor. Pemerhatian ini bukanlah dilakukan hanya sehari dua tetapi berterusan. Contoh yang lain, kalau telefon berbunyi adakah anak kita mencari-cari dari mana datangnya bunyi tersebut. 

Setelah anak berusia setahun dia sepatutnya sudah boleh menyebut MAMA, BABA, PAPA iaitu dua suku kata berulang-ulang. Ada juga kanak-kanak mengalami masalah pendengaran yang terhad. Kanak-kanak ini boleh bercakap tetapi ada sedikit pelat. Contohnya MAKAN, tetapi sebut AN, MINUM tetapi UM ataupun perkataan langsung kita tidak faham. Apabila anak mencecah setahun rangsang anak kita dengan sebutan berulang-ulang kali. Kita boleh ajar dengan bunyian dahulu kerana pada peringkat umur setahun mereka sudah pandai meniu buny. Contohnya semasa menyuap makanan kita akan sebut NYUM-NYUM, MAM MAM ataupun mengikut bunyi binatang seperti MOO. MEOW, KOO KOO. Setiap hari buat benda yang sama berulang kali. 



Selepas anak kita boleh mengikut bunyi yang di ajar, barulah kita ajarkan mereka menyebit perkataan. Contohnya MAMA, PAPA, MINUM, MAKAN, TIDUR, MANDI, SUSU perkataan-perkataan yang dekat dengan mereka. Berilah mereka ganjaran sekiranya mereka berjaya menyebut.

Keitka anak berusia dua tahun sepatutnya sudah boleh menggunakan dua patah perkataan. Contohnya NAK SUSU, NAK MAKAN, TAK NAK, AMBIL BOTOL, Ibu bapa boleh rangsang anak dengan pelbagai cara. Contohnya anak dah boleh sebut SUSU. Jadi kita ajarkan mereka perkataan baru contohnya SUSU SEDAP, SUSU PANAS, SUSU HABIS dan lain-lain perkataan. Jangan terlalu mengharap anak kita cepat tangkap apa yang diajar. Mungkin hari ini, minggu depan, bulan depan belum membuahkan hasil, tetapi 3 bulan kemudian anda pasti tersenyum. Sifat berputus asa perlu dibuang dalam kamus kita. 

Jenis permainan yang boleh merangsang anak untuk bercakap.



Untuk permainan diatas kita boleh ajar anak perkataan SUSUN, TINGGI, JATUH (kita sengaja jatuhkan binaan), SIAP. Tidak perlu mengajar lagi bilangan 123


Play doh sangat membantu untuk merangsang anak cepat bercakap. Antara perkataan yang kita boleh guna, BULAT (bergantung kepada bentuk yang kita buat), SEDAP (Contohnya kita berlakon makan ais krim), POTONG, PUTUS, SIAP


Mainan diatas juga boleh kita ajar jenis-jenis bentuk dan warna. 

Itu sahaja untuk perkongsian Che Kiah hari ini.....




No comments: