Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Monday, October 27, 2014

SALAM MAAL HIRAH

Rasanya tidak terlambat lagi untuk Che Kiah ucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1436 H. Tanamkan azam baru, usah toleh ke belakang lagi. Hari ini Che Kiah nak cerita bab HIJRAH. Hijrah dari segi maksud secara umum ialah perpindahan. Untuk diri kita pula sebagai umat Islam hijrah membawa maksud perubahan dari sesuatu yang tidak baik kepada lebih baik. Contoh yang mudah, sebelum ini solat asyik tak cukup 5 waktu, tapi tahun 1436 H ni kita berazam untuk cukupkan 5 waktu without fail. Itu merupkan hijrah yang paling bermakna. Bagi yang dah cukup 5 waktu, mungkin kita boleh berazam untuk memperbanyakkan solat-solat sunat. Tidak semestinya bagi yang dah cukup untuk tidak melakukan apa-apa perubahan.

Apa azam Che Kiah tahun ini ek?

Antara azam Che Kiah tahun ini ialah :(banyak tau..hehe)

1. Nak menambahkan pendapatan iaitu bonus Shaklee Che Kiah..sebelum ini 4 angka je..Nak la juga 5 angka. Jeles tau tengok geng 5 angka menderma sesenang hati untuk rumah anak yatim dan maahad tahfiz.                         

2. Che Kiah sangat2 berhajat untuk menunaikan Umrah bersama keluarga. Kalau boleh setiap tahun dan yang paling teringin nak terawih kat sana.

Cukuplah dulu setakat ini coreta Che Kiah. Che Kiah harap dengan hijrah kita akan beroleh kerberkatan dariNya.



              

No comments: