Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Thursday, October 23, 2014

BENGKEL SPEECH THERAPHY

Alhamdulillah tercapai juga hasrat Che Kiah nak join Bengkel Speech Theraphy bersama Ruby Atika. Che Kiah rasa ramai yang kenal dengan speech theraphist Ruby Atika. Che Kiah antara peminta tegar sis Ruby. Kebetulan pulak Che Kiah ada seorang anak yang lambat bercakap. Minggu lepas sis Ruby ada buat iklan mengenai bengkel speech theraphy di Ipoh. So Che Kiah terus pm sis Ruby. Yuran yang sis Ruby kenakan tak de lah mahal pun berbanding ilmu yang akan dicurahkan.

Bengkel ditetapkan pada 22.10.2014 dan akan bermula pada jam 8.00 pagi. Che Kiah sampai dalam pukul 8.20 pagi. Selepas buat bayaran sis Ruby jemput sarapan dulu. Peserta yang menyertai bengkel hampir 20 orang. Rata-ratanya datang berpasangan. Che Kiah tak dapatlah datang dengan pasangan maklumlah askar-askar ramai. 

Sesi pertama bermula jam 8.30 pagi. Mula-mula sis Ruby tanya secara random apa tujuann dan matlamat untuk datang ke bengkel. Secara umumnya semuanya mempunyai anak yang bermasalah dari segi percakapan.

Semasa rehat 30 minit kami mengambil peluang bersembang dan berkongsi pengalaman mengenai anak masing-masing. Alhamdulillah banyak tips dan ilmu yang telah sis Ruby kongsikan. Ibu bapa merupakan speech therapist terbaik untuk anak-anak. Rupanya banyak lagi ilmu keibubapaan yang kita tidak tahu. InsyaAllah Che Kiah akan sertai lagi beberapa bengkel yang lain. Semuanya demi anak-anakku.

Cuma Che Kiah nak berpesan, luangkanlah masa yang lebih untuk anak-anak. Jangan biarkan anak kita leka dengan gadget. Belikan mereka permainan yang boleh merangsang perkembangan otak mereka. Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda yang pelik bukan seperti kanak-kanak yang lain, seeloknya refer kepada paed. Jangan tangguhkan masa. Sekiranya kita cepat bertindak mungkin anak kita boleh diselamatkan dari terus mengidap penyakit tertentu.

Jom jamu mata..tengok pic bengkel semalam




No comments: