Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Thursday, October 23, 2014

PETUA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Sekarang ini Che Kiah ada satu masalah besar..iaitu perut Che Kiah semakin membesar. Opss Che Kiah tak mengandung hokey!!. Baru-baru ni Che Kiah timbang berat dah 50 kg. Baju pun semakin mengecil. Sekarang ni misi Che Kiah nak turunkan berat badan terutamnya perut. Sebelum tu Che Kiah nak ajak pembaca tahu kenapa perut buncit berlaku dikalangan ibu selepas bersalin.

Gaya Hidup


Perut buncit sebab utamanya ialah pola pemakanan yang tidak betul. Maklumlah lepas pantang je semua teringin nak makan. Sampai kita lupa tetang pola pemakanan yang betul. Ditambahkan pula kesibukan melayan anak-anak sehinggakan lupa untuk melakukakn senaman ringkas. Malah kita juga kurang melakukan aktiviti mengeluarkan peluh. Maka bertimbun-timbunlah lemak berkumpul di perut seiring dengan pertambahan berat badan.

Untuk tampil ramping dan langsing seperti dulu, ada beberapa perkara boleh dilakukan oleh ibu. Antaranya pemakaian bengkung dan riadah untuk membakar lemak dan kalori.

Hari ini Che Kiah hanya fokus kepada bengkung. Bengkung memang wajib bagi ibu-ibu selepas bersalin. Tak ada le sampai tahap berdosa kalau tak pakai. Bengkung pula ada yang moden dan tradisional. Dirumah Che Kiah ni ada 2 jenis bengkung tapi pernah guna sekali je. Puncanya susah nak lilit dan lagi satu Che Kiah ni bersalin secara czer.

Alat bantu ini amat berguna selepas melahirkan anak. Ia biasanya dipakai setelah beberapa hari melahirkan anak. Mungkin ada yang rimas, panas dan tidak selesa. Tetapi berbengkung dapat boleh membanu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tidak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.

Kepentingan Bengkung


Penggunaan bengkung sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia dipakai oleh wanita yang bersalin sejak sekian lama. Dahulu, kain bengkung dijahit oleh ibu untuk penggunaan tempoh memulihkan diri selepas bersalin. Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot, tulang, urat, sendi dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil. Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.

Mengikut peredaran masa, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Kini terdapat dipasaran pelagai pilihan untuk memberi keselesaan pemakai.


Jenis-Jenis Bengkung


1. Bengkung Barut
2. Bengkung Zig Zag
3. Bengkung Lilit (Bengkung Jawa)
4. Bengkung Roda
5. Bengkung Moden (velcro strap)
6. Bengkung Czer

Cara Memakai Bengkung


Untuk mendapat kesan yang lebih berkesan, dapatkan bengkung yang berkualiti tinggi yang boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari dan tidak terurai. Ia sebaiknya dipakai sepanjang masa, siang dan malam. Pastikan ia dipakai secara betul iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen dan ikat sampai ke bahagian bawah payudara. 



Bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah. Pada masa yang sama, bengkung dialas dengan kain lain supaya tidak kotor kemudian alaskan dengan herba antaranya daun pandan atau lengkuas. Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba, sapu juga dibahagian belakang. Jika sukar mendapatkan dedaun herba gunakanlah krim atau losyen untuk bengkung dikedai.

Faedah Berbengkung


Berbengkung dikatakan mampu membantu:

1. Mengempiskan bahagian perut

2. Mengurangkan berat badan

3. Mengetatkan perut dan otot yang longgar semasa kehamilan

4. Menggalakkan postur yang baik

5. Membantu penyusuan bayi

6. Memecahkan lemak dan selulit

7. Menegangkan kulit yang mengeleber

8. Menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang

9. Sebagai sokongan kepada perut selepas bersalin

10. Ia juga mengelak daripada berasa sakit semasa batuk atau bersin.

11. Dijadikan korset untuk menguruskan badan dan mengempiskan perut.


No comments: