Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Tuesday, October 21, 2014

KENAPA IBU HAMIL MENGIDAM

Terasa lama pulak Che Kiah tak mengandung. heheh baru 2 tahun je pun. Bila sebut hal mengandung ni kan..Che Kiah nak story sikit kisah masa mengandung. Ini cerita untuk pengalaman 3 kali mengandung la kan. Alhamdulillah Che kiah jarang pulak nak ngidam dan loya. Lepas ni tak pasti pulak. Rezeki masing-masing. 

Che kiah pun macam tertanya-tanya kenapa wanita hamil mengidam? Mesti ada sebab musabab kan.  Wanita yang hamil akan mengalami beberapa perubahan hormon. 

Berpunca daripada hormon


Mengidam semasa hamil sebenarnya disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing. Keadaan sebigini sama seperti anda "period" di mana anda menginginkan makanan tertentu disebabkan oleh pengaruh hormon yg dialami ketika itu. Perubahan hormon kepada wanita memberi kesan kepada deria bau, rasa. Namun, sebab sebenarnya masih tidak dapat dipastikan. Alahan semasa hamil seperti letih, pening, muntah dan lain-lain yg berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab kenapa ibu hamil mengidamkan sesuatu makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.

Kekurangan Zat makanan


Penelitian umum mendapati bahawa keinginan untuk makan makanan tertentu berubah seiring dengan usia kehamilannya. Kebanyakan doktor percaya bahawa kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil itu yg mencetuskan rasa mengidam. Sebagai contoh, mengidam makanan laut. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kekuranganKalsium dan Sodium. Bagi yg mengidam kekacang dan bijirin pula, ia berkemungkinan besar berpunca daripada kekurangan Magnesium. Ada juga ibu hamil yang mengidam ais. Keadaan ini dikenali sbg pica. Ia sering dikaitkan dengan kekurangan Zat Besi.

Tapi jangan lupa kita kena kawal diri.Kalau mengidam benda-benda yang manis or makanan tak sihat tu jangan lah terlalu terikut-ikut sangat sehingga boleh menjejaskan kesihatan diri dan kandungan. Di bawah ni saya kongsikan jadual pemakanan yang sihat mengikut makanan yang diidam.

Kesimpulannya, mengidam bukanlah satu perkara yang luar biasa. Ia adalah normal bagi ibu-ibu hamil. Jangan mengidam yang terlampau sudahla!!

No comments: