Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Monday, October 20, 2014

TIPS MENGELAKKAN DIABETES

Penyakit diabetes bukanlah satu penyakit yang luar biasa malah satu yang biasa bagi rakyat Malaysia. Semakin hari kadar peningkatan pesakit semakin bertambah. Che Kiah sangat yakin semua ini adalah berpunca dari MAKANAN!!

Tahukah anda, setiap makanan yang kita makan mengandungi gula yang tersembunyi? Misalnya makanan daripada kelompok karbohidrat. Ada karbohidrat yang cepat menghasilkan gu. la dan ada yang lambat. Jesteru kita perlu kenal pasti jenis karbohidrat yang kita ambil.

Di sini saya bagi beberapa contoh makanan yang lambat menghasilkan gula. Antaranya ialah nasi, roti berserat tinggi, biskut oat dan bijirin.

LANGKAH KAWAL DIABETES


Pemakanan

Pesakit diabetes perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat dan kawal kalori. Amalkan diet yang sihat dan sentiasa mendapat khidmat nasihat doktor.

Senaman

Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru. Jangan memaksa diri anda melakukan senaman secara berlebihan. Terdapat peskit yang mampu menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan turun.

Pemeriksaan diri sendiri

Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.




2 comments:

akmal rusydi said...

Ramai rakyat malaysia terutama orang melayu kurang mengambil berat tentang pemakanan yang seimbang

Unknown said...

pentingnya jaga pemakanan terutamanya semasa muda ni, kurangkan makan dan minum manis2. Peringatan untuk saya jugak=)