Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Thursday, October 9, 2014

BATU KARANG

BAGAIMANA BATU KARANG TERBENTUK?


Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik didalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Orang-orang tua selalu berpesan, jangan tahan kencing, takut jadi batu karang. Batu karang boleh berlaku pada mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing. Organ-organ yang terlibat ialah buah pinggang, pundi kencing dan salur ureter.



Pada awal-awalnya bahan-bahan tadi akan membentuk kristal dan melekat pada dinding buah pinggang dan lama kelamaan akan membentuk batu karang. Kebiasaannya batu karang akan keluar melalui saluran air kencing dan keluar dari badan. Sekiranya didalam air kencing terdapat batu karang, kita akan rasa sakit semasa membuang air kecil. Batu karang yang besar perlu dikeluarkan melalui pembedahan.

GEJALA DAN TANDA


Kebiasaanya batu karang tidak menunjukkan apa-apa tanda awal malah tidak rasa sakit.
Simptom utama dan nombor satu untuk masalah batu karang ini adalah rasa sakit yang teramat sangat di belakang atau pinggang. Malah, sakit ini digambarkan oleh ramai pesakit sebagai sakit yang lebih teruk daripada sakit melahirkan anak. Biasanya, apabila sakit ini datang menyerang, sakit ini akan berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh tersebut, sakit itu akan datang dan pergi.

Hampir semua pesakit batu karang akan ada kesan darah di dalam air kencing mereka dan ini dipanggil sebagai hematuria. Darah di dalam air kencing kadang kala boleh dilihat dari warna air kencing yang kemerahan atau hanya boleh dikesan dengan menggunakan ujian dipstick air kencing atau dilihat melalui ujian mikroskopik.

Selain itu, ramai pesakit turut merasa sakit atau rasa panas apabila kencing dan seringkali boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing mereka. Ada juga yang mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah-muntah apabila mempunyai batu karang di saluran air kencing mereka.

Namun, ramai juga pesakit batu karang yang langsung tidak mempunyai sebarang simptom. Pesakit-pesakit ini hanya tahu mengenai batu karang mereka apabila mereka melalui pemeriksaan kesihatan menggunakan “ultrasound scan”, X-ray atau “CT scan” yang bertujuan untuk mengesan penyakit lain. Malah, batu karang boleh berada di dalam buah pinggang selama bertahun-tahun tanpa menyebabkan sebarang simptom.

MERAWAT BATU KARANG


  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang.
  • Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol


Jika anda mempunyai masalah batu karang, anda juga boleh mencuba vitamin Shaklee
Vitamin Shaklee & Fungsinya dalam membantu masalah Batu Karang :
B-Complex – menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang
Vita-C – mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid
OsteMatrix – mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang
Alfalfa Complex – mengurangkan infeksi & inflamasi
Carotomax – menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
Lecithin/Omega – membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

Nak penjimatan 20-30% dari setiap belian anda?


Mahukan bonus dari belian anda?


Klik SINI untuk megetahui kelebihan menjadi ahli
Jangan lupa dapatkan ESP dari kami
BUY 6 FREE 1
FREE KEAHLIAN



LEBIH ISTIMEWA JIKA ANDA MENJADI AHLI
SAYA MERUPAKAN PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA KANGSAR

Pm/whatsapp 0174060844

Shaklee ID - 906986
SITI HAIZA
page : As-Syifa healthcare
fb : Siti Haiza / Ako Abdul

No comments: