Nuffnang ads
Kaedah Pembelian
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Thursday, January 31, 2013
TIPS KESIHATAN - PANDUAN PENGGUNAAN MINYAK MASAK YANG BETUL
Pada entry kali ini, sekali lagi saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat di luar sana tentang panduan penggunaan minyak masak yang betul. Mari kita lihat dan baca panduannya di bawah:
Gunakan minyak baru untuk menggoreng. Jika dicampurkan dengan minyak lama.
Elakkan terlalu lama minyak di atas api, semakin cepat struktur minyak itu akan berubah bentuk. Ia tidak sihat untuk kesihatan. Jika menggoreng jemput-jemput ikan, sebelum habis goreng pertama, cepat-cepat masukkan gorengan kedua. Jangan pula biarkan api lama menyala dan memanaskan kuali.
Jangan biarkan serpih makanan dalam takungan minyak. Ia akan mereput dan terus tinggal dalam minyak, mempercepatkan lagi perubahan struktur molekul minyak itu. Sebaiknya tapis bersih baki minyak sekiranya bercadang menggunakannya buat kali kedua.
Gunakan kuali yang tidak melekat untuk menjimatkan minyak masak.
Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.
Jangan gunakan minyak yang sudah rosak.
Minyak berubah warna menjadi lebih gelap sebab ada makanan yang sudah terbakar dalam minyak itu.
Semakin lama minyak digunakan, semakin likat struktur minyak itu. Logiknya bentuk molekul minyak sudah banyak berubah disebabkan faktor suhu.
Banyak mendapan di bawah bekas simpanan minyak.
credit
TIPS KESIHATAN - PILIH MINYAK MASAK YANG BERKHASIAT
Walaupun minyak masak digunakan hampir setiap hari, masih ramai ragu-ragu mengenai jenis pilihan dibuat - sama ada elok atau tidak terutama apabila dikaitkan dengan kebaikan pada kesihatan dan keenakan dicetuskan minyak masak.
Minyak masak, umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak poli tak tepu dan minyak mono tak tepu. Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik antara semua minyak dan lelemak terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu. Antara minyak ini seperti soya, jagung dan biji bunga matahari.
Bagaimanapun, pakar pemakanan berpendapat, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan goreng yang membabitkan penggunaan haba atau api panas. Penggunaan minyak teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko barah.
Sementara, minyak mono tak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari.
Asid lemak mono tak tepu adalah semula jadi pada kolesterol darah dan dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi sekali gus mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini tidak sesuai untuk menggoreng, sebaliknya hanya digunakan menumis atau dimakan mentah , walaupun ia dikatakan bagus untuk jantung.
Ada yang berpendapat, jenama bukanlah faktor utama yang menentukan baik atau tidak sesuatu jenis minyak masak, tetapi terpulang kepada sebanyak mana yang kita ambil dan bagaimana cara memilih kaedah masakan untuk hidangan menyihatkan. Begitu rasa makanan, jika pandai menyesuaikan cara memasak apa jenis jenama pun boleh menjadikan hidangan itu sedap.
Minggu ini, mari kita berkongsi dengan pembaca jenis minyak masak yang biasa digunakan ketika memasak mengenai kebaikan atau kelebihan ada pada setiap minyak berkenaan.
Minyak bunga matahari
MINYAK daripada biji bunga matahari adalah salah satu minyak alami yang menyihatkan. Seperti minyak zaitun, minyak bunga matahari sangat disarankan dipakai untuk mengolah masakan.
Kandungan lemak tepunya jauh lebih rendah dan baik untuk kesihatan jantung berbanding minyak sawit dan jagung. Minyak bunga matahari mempunyai warna sangat jernih dan tiada bau hanyir apabila dimasak dan sangat cair pada suhu bilik, tidak seperti minyak kelapa sawit yang amat likat.
Selain itu, minyak bunga matahari juga tidak merosakkan rasa masakan, kaya vitamin A, C, D, dan E yang diperlukan untuk nutrisi tubuh, selain membantu meningkatkan stamina menurunkan kolesterol dan sesuai untuk pesakit diabetes.
Minyak jagung
MINYAK jagung dihasilkan daripada biji jagung atau ‘germ’. Minyak ini mempunyai kandungan lemak tepu sedikit rendah berbanding minyak sawit. Minyak ini biasanya digunakan untuk menggoreng.
Apabila memasak menggunakan minyak ini jangan terlalu panas dan jangan dipakai untuk menggoreng berulang kali ia bagi mengelakkan khasiatnya berkurangan.
Ia mengandungi sejumlah besar zat biologi aktif termasuk phosphatides, positif mempengaruhi jaringan otak, pro-vitamin A dan vitamin E yang tinggi, lesitin iaitu antioksidan yang aktif serta sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit.
Selain boleh membantu pesakit diabetes, mengelakkan obesiti dan menurunkan kolesterol. Minyak ini juga didakwa berupaya mengurangkan ketegangan saraf, keletihan, meningkatkan metabolisme dan meningkatkan warna kulit.
Minyak zaitun
MINYAK zaitun bukan saja rendah kandungan lemak tepu tetapi kandungan lemak mono tak tepunya jauh lebih tinggi berbanding minyak jagung. Tidak dinafikan, minyak zaitun harganya begitu tinggi dan sering digunakan bagi masakan Mediteranean.
Walaupun ramai yang mengatakan makanan yang dimasak menggunakan minyak zaitun tidak sesedap berbanding minyak masak lain, namun ia ada kelebihan tersendiri khususnya sudut kesihatan.
Minyak masak selain yang berasaskan minyak zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak itu memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun, minyak zaitun sekalipun digunakan berulang kali tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah warna dan bau.
Perut akan terasa ringan dan puas apabila seseorang mengambil makanan yang ada minyak ini sehingga membuatkan mereka berhenti sebelum kenyang. Ia adalah kesan daripada penguraian tenaga di hati minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat bermanfaat.
Minyak zaitun tidak sesuai untuk menggoreng tetapi boleh mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian. Ia turut membekal vitamin E yang tinggi dan menghindari penyakit kardiovaskular.
Minyak kacang
MINYAK kacang dihasilkan daripada kacang dan diketahui mempunyai sedikit bau. Di United Kingdom ia dipasarkan sebagai 'Minyak Groundnut'. Ia mengandungi lemak cukup tinggi dan sering digunakan dalam masakan Asia Selatan atau Asia Tenggara. Lazimnya digunakan bagi menggoreng makanan terutama kentang jejari, ikan, ayam dan sebagainya.
Antara khasiatnya pula ialah mempunyai sumber tenaga, protein, vitamin dan serta mineral termasuk fosfor, kalium, magnesium, dan kalsium.
Thursday, January 10, 2013
TIPS KESIHATAN - 7 SEBAB MENGAPA BADAN KITA PERLUKAN SUPPLEMENT
Mengapa tubuh memerlukan makanan tambahan atau vitamin supplement?
Adakah tidak cukup hanya
dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang?
Menurut pakar Nutrisi
terkemuka, Dr. Ray Strand definisi gaya hidup sihat di era moden ini adalah MAKANAN
SEIMBANG, SENAMAN DAN MAKANAN TAMBAHAN!
Di sini disenaraikan 7
Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplement atau pun dalam bahasa
mudahnya makanan tambahan.
1. Badan kita memerlukan
dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan.
Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak
mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
2. Buah-buahan dan sayuran
yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang
kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak,
racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran
tersebut.
3. Zat makanan
mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C
dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
4. Pengambilan pil
penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu
penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula
dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
5. Pengambilan
makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang
dicadangkan.
6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk,
jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi
kandungan MSG.
7. Bagi yang bekerja,
makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka
pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.
SUPPLEMENT/ MAKANAN TAMBAHAN BUKAN LAGI SATU PILIHAN. IA
MERUPAKAN SATU ‘INSURAN’ KEPADA KESIHATAN SAYA, ANDA & KITA SEMUA!
PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
Shaklee ID: 906986|smartiescc@yahoo.com|017-4060844|05-7700267|FB: Siti Haiza
Tuesday, January 8, 2013
Tips Kesihatan - 11 Tips Untuk Hamil Dengan Lebih Cepat
Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
- Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
Thursday, January 3, 2013
TIPS KESIHATAN - BANYAKKAN MINUM AIR KETIKA MENGAMBIL SUPPLEMENT SHAKLEE ANDA
Banyakkan air?Air kosong atau air mineral ataupun air R.O.? Kesemua jenis air ini sangatlah penting untuk mengimbangi kadar metabolisme dalam badan kita kerana pengambilan makanan tambahan atau supplement ini adalah satu alternatif untuk mendapatkan satu jumlah tenaga dalam badan kita dengan mudah.
Hanya telan beberapa tablet dan pil yang mengandungi persamaan beberapa buah yang telah dicompactkan saiz bentuknya sudah pasti memberi kesenangan kita untuk mengambil supplement khususnya SHAKLEE. Mari kita lihat dan renungi beberapa fakta tentang perkaitan air dan supplement semulajadi SHAKLEE:
Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:
- Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
- Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
- Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?
Oleh itu, pengambilan air dalam sehari perlu ditambah lebih daripada kadar biasa. Jumlah air yang dicadangkan adalah 3 LITER air( air masak@air mineral@air R.O= air mutlak).
Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan TIDAK MENGAMBIL AIR BANYAK SEKIRANYA TIDAK MENGAMBIL SEBARANG SUPPLEMENT. Ini kerana kadar air yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan pencairan nutrien dalam badan kita seterusnya mengakibatkan beberapa kesan negatif pada tubuh badan kita. Dalam beberapa keadaan yang lain, air yang berlebihan juga boleh mengurangkan susu badan.
Pastikan anda terus mengambil SHAKLEE sebagai santapan nutrien terbaik anda untuk menjamin kehidupan yang SIHAT, CANTIK DAN CERIA....INSYAALLAH
PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
Shaklee ID: 906986|smartiescc@yahoo.com
|017-4060844|FB: Siti Haiza
Pastikan anda terus mengambil SHAKLEE sebagai santapan nutrien terbaik anda untuk menjamin kehidupan yang SIHAT, CANTIK DAN CERIA....INSYAALLAH
PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
Shaklee ID: 906986|smartiescc@yahoo.com
|017-4060844|FB: Siti Haiza
Subscribe to:
Posts (Atom)





