Nuffnang ads

Kaedah Pembelian

Kaedah Pembelian

Thursday, October 2, 2014

RIMAS DENGAN KELUMUMUR

Kelemumur adalah satu masalah yang sangat biasa dengan kita. Setiap dari kita yang berambut pasti mempunyai kelemumur termasuk kanak-kanak ataupun bayi. Sama ada banyak atau sikit. Tapi yang pasti, semua orang ada kelumumur. Kelumumur yang terlampau akan mendatangkan masalah kepada kita. Asyik nak menggaru saja. Ada pulak rambut gugur berlebihan apabila kelemumur meningkat. 



Kelemumur adalah sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. Ia dikaitkan dengan proses sel tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa sepatutnya.

Kelumumur dikaitkan dengan sejenis fungus yang diberi nama pityrosporum ovale. Kulat ini tinggal di kulit kepala.



Golongan berisiko alami kelemumur
  • Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan sehingga pertengahan usia. Namun, ada juga mereka yang berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat.
  • Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. Dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini.
  • Lelaki juga mempunyai kelenjar penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita.Justeru, ia menyumbang kepada berlakunya masalah kelemumur.
  • Rambut dan kulit kepala yang berminyak
  • Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak.
  • Masalah penyakit berkaitan neurologi.


Punca kelemumur

* Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.

* Kulit gatal dan berminyak menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.

* Kurang bersyampu

* Masalah kulit seperti psoriasis

* Ekzema pada kulit kepala

* Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut

* Perubahan hormon

* Tekanan

* Masalah neurologi.

Secara umumnya, kelemumur boleh ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan bersyampu. Namun, jika syampu tidak banyak membantu, anda mungkin perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kulit.




No comments: